24 July 2017

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah 1438H/2017





  





Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 12hb Julai 2017 (18 Syawal 1438H).  Majlis dimeriahkan dengan bacaan selawat beramai-ramai (guru dan murid), ucapan wakil murid dan bacaan doa.  Majlis bermula jam 8.00 pagi dam tamat sekitar 9.30 pagi sebelum disambung dengan aktiviti PdPc mengikut jadual waktu seperti biasa.

Majlis dilaksanakan di kelas masing-masing dan semua guru dan kakitangan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar dan menepati waktu.  Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis yang sangat meriah dan berwarna-warni ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

SMKTK Cemerlang

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :