14 February 2018

Jaringan Kolaborasi SMKTK-UTM




Alhamdulillah...setelah beberapa tahun berusaha untuk membina jaringan kolaborasi bersama Universiti Teknologi Malaysia, Skudai JB (UTM Research University) akhirnya kami berjaya menarik minat Dr Mohd Bakri bin Bakar, Pensyarah Kanan Fakulti Sains UTM.  Beliau telah mengunjungi SMKTK pada Selasa, 13hb Februari 2018 yang lalu atas jemputan kami untuk berbincang berkaitan projek-projek inovasi sekolah untuk dinaiktaraf dari segi aplikasi dan sebagainya.  Beberapa inovasi akan dikaji dengan lebih teliti terutama bagi mendapatkan data-data berkaitan keselamatan, rekabentuk, rujukan pakar dan sebagainya.

Terima kasih kepada pentadbiran SMKTK atas sokongan dalam aktiviti inovasi guru SMKTK.  Semoga kerjasama pertama ini akan mencetuskan banyak kejayaan di masa depan dan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :