14 February 2018

Majlis Perpisahan 9 Guru SMKTK



 

  




Suasana pagi ini agak suram kerana SMKTK kehilangan 8 orang guru yang cukup dedikasi kerana berpindah sekolah atas permohonan sendiri (2 guru) dan arahan PPD (7 guru).  Bilangan guru yang berpindah ini merupakan satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan jumlah keseluruhan guru di SMKTK.  Kami (warga SMKTK) merakamkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan kalian selama ini.  Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kesalahan kami selama tuan-puan berkhidmat di SMKTK.

Kami mendoakan semoga anda dan keluarga dikurniakan kesihatan terbaik dan kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa dengan cemerlang.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :