Showing posts with label Guru-guru SMKTK. Show all posts
Showing posts with label Guru-guru SMKTK. Show all posts

03 July 2019

LDP Kali Ke-2 Tahun 2019


LDP kali ke-2 tahun 2019 disampaikan oleh En Mohd Faizal bin Saidan (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bahagian Pembangunan Profesional).  Terima atas perkongsian maklumat berkaitan pengiraan mata kredit latihan dan semoga ia bermanfaat kepada semua.

SMKTK Cemerlang.


01 December 2018

Kad Perakam Waktu Terakhir Cikgu Hanisah di SMKTK




22hb Nov 2018 yang lalu merupakan hari terakhir buat Pn Hanisah binti Ishak di SMKTK.  Beliau akan berpindah ke Port Dickson untuk bertugas berhampiran dengan keluarga tersayang.  Kami merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan beliau terutama dalam matapelajaran KHB dan RBT di mana beliau adalah Ketua Panitia matapelajara  tersebut.  Kami juga memohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan sepanjang berkhidmat di SMKTK. Kami mendoakan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan di tempat bertugas baharu dan selamat maju jaya.

SMKTK Cemerlang.

06 May 2018

Majlis Perpisahan Cikgu Mohidin


  

  

  

  


  

  



Alhamdulillah..Majlis Perpisahan Untuk En Mohidin (mantan PK Pentadbiran SMKTK) telah selamat diadakan pada Rabu, 2hb Mei yang lalu.  En Mohidin berpindah ke SMK Dato Penggawa Barat Pontian kerana urusan naik pangat (ke sekolah Gred A).  Majlis pagi tersebut dikendalikan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMKTK dengan kerjasama Pengawas Sekolah.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan wakil murid, Pn engetua dan yang dirai, En Mohidin.  Majlis ditutup dengan majlis penyampaian hadian, bacaan selawat beramai-ramai dan bersalaman bersma guru, kakitangan dan murid SMKTK.

Warga SMKTK mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala sumbangan yang dicurahkan dan kami memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan.  Doa kami, semoga En Modihin dikurniakan kesihatan terbaik untuk melaksanakan tanggung jawab dengan penuh cemerlang di SMKDPB.

SMKTK Cemerlang.

14 February 2018

Majlis Perpisahan 9 Guru SMKTK



 

  




Suasana pagi ini agak suram kerana SMKTK kehilangan 8 orang guru yang cukup dedikasi kerana berpindah sekolah atas permohonan sendiri (2 guru) dan arahan PPD (7 guru).  Bilangan guru yang berpindah ini merupakan satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan jumlah keseluruhan guru di SMKTK.  Kami (warga SMKTK) merakamkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan kalian selama ini.  Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kesalahan kami selama tuan-puan berkhidmat di SMKTK.

Kami mendoakan semoga anda dan keluarga dikurniakan kesihatan terbaik dan kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa dengan cemerlang.

SMKTK Cemerlang.

02 February 2018

Penyerahan Tablet Lenovo KPM Kepada Guru-Guru


Alhamdulillah dan terima kasih atas pemberian Tab dan beberapa perisian yang dapat digunakan guru melaksanakan tanggungjawab.  Majlis peyerahan kepada semua guru SMKTK telah dijalankan pada hari Selasa, 30hb Januari 2018.  Semoga perkakasan ini dapat digunakan guru dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan guru sendiri dan anak murid.

Beberapa maklumat berkaitan Tab :
1. Tablet merupakan pemberian sekali sahaja dari kerajaan melalui KPM dan menjadi hak milik peribadi penerima.
2. 2 aplikasi scr percuma sehingga 5 tahun
3. Waranty tidak digunapakai sekiranya perkakasan hilang, bencana, jatuh pecah dll.  Sepanjang tempoh waranty perlu urus sendiri.  Sebarang masalah laporkan kepada khidmat pelanggan
4. Merupakan model terbaru, guru-guru di Negeri Johor merupakan kumpulan pertama yang menerima tab model assential berkapasiti RAM 2GB.  Negeri lain ditawarkan model berbeza
5. Tablet yang direset factory akan lupus waranty.
6. Terdapat beberapa aplikasi yang disekat dan bayaran sebanyak RM35 untuk penyelenggaraan.
7. Celcom akan diaktifkan dlm masa 5 hari, Percuma 7 hari shj dan boleh ditambahnilai RM30-25GB sebulan.  Kalau guna celcom tidak akan tolak, data untuk tutor.

SMKTK Cemerlang.

Majlis Persaraan Hjh Kasidah binti Sadimon










Selamat Bersara Hjh Kasidah binti Sadimon.
Semoga dikurniakan kesihatan terbaik, sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.