29 April 2010

PASUKAN BOLA TAMPAR LAKI-LAKI SMK TELOK KERANG NAIB JOHAN DAERAH PONTIAN TAHUN 2010 - TAHNIAH

Pasukan bola tampar laki-laki SMK Telok Kerang menjadi naib johan dalam pertandingan bola tampar MSSD Pontian tahun 2010. Tahniah!

Pertandingan tersebut diadakan dari 27 hingga 28 April 2010 di gelanggang SMK Telok Kerang. Sebagai tuan rumah, pasukan SMK Telok Kerang memang berhasrat untuk menjadi johan. Namun kita yang merancang, Allah yang menentukan.Setelah bertungkus-lumus mengharungi kegetiran bersaing di peringkat awal, pada perlawanan akhir pasukan SMK Telok Kerang dipertemukan dengan pasukan SM (Persendirian) Pei Chun. Kita akur dengan kelebihan yang dimiliki oleh SM Pei Chun yang dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut.

Nampaknya pasukan laki-laki sekolah kita masih lagi kempunan untuk meraih gelaran johan peringkat daerah. Kami warga SMK Telok Kerang amat berbangga dengan pencapaian anda. Cuba lagi di lain masa.

Berikut adalah foto-foto aksi perlawanan akhir pertandingan bola tampar laki-laki MSSD Pontian antara pasukan SMK Telok Kerang dengan pasukan SM Pei Chun.



28 April 2010

PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN SMK TELOK KERANG DINOBATKAN JOHAN DAERAH PONTIAN TAHUN 2010 - TAHNIAH

Pasukan bola tampar perempuan SMK Telok Kerang dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Bola Tampar MSSD Pontian tahun 2010. Tahniah! Pasukan Team A mengungguli pertandingan tersebut setelah mengalahkan pasukan SMK Dato' Ali Hj. Ahmad di perlawanan akhir. SMK Telok Kerang telah menghantar dua pasukan iaitu Team A dan Team B.

Pertandingan yang dijalankan di SMK Telok Kerang selama dua hari dari hari Selasa 27 April hingga 28 April 2010 berjalan dengan baik dengan mendapat sambutan hangat dari sekolah-sekolah menengah di daerah Pontian. Cuaca yang baik dengan pancaran matahari panas terik menyemarakkan lagi suasana pertandingan tersebut.

Kami warga SMK Telok Kerang mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bola tampar perempuan Team A yang terbukti dengan latihan yang berterusan dan permainan yang mantap, status johan daerah memang berhak menjadi milik kita.
Teruskan usaha anda ke peringkat negeri.


Kegembiraan Team A setelah menjadi johan.
Team B yang merestui Team A menjadi johan.

Team A dan Team B meraikan kejayaan. Tahniah!


Pasukan bola tampar perempuan SMK Telok Kerang bergambar bersama guru-guru pembimbing.

22 April 2010

6 KAEDAH PENGAJARAN BERKESAN

Sumber : Petikan daripada Majalah Pendidik.
  1. Memberi bantuan klinikalKebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.
  2. Merancang pengajaranMemilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.
  3. Melaksanakan pengajaranKaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.
  4. Pengurusan bilik darjahMenyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.
  5. Memantau kemajuanMenilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.
  6. Menyayangi pelajarPerbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.

MENDEKATI BUKAN MENJAUHI GURU

Mendekati bermaksud menghampiri atau berada bersama-sama manakala menjauhi bermaksud tidak suka bersama atau cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka. Jika perkara ini dirujukkan kepada guru maka seseorang murid itu perlulah menghampiri guru dalam proses pembelajaran. Mereka yang suka menjauhi guru ialah mereka yang tidak berminat untuk belajar dan tidak mahu dibimbing oleh guru.

Seseorang murid seharusnya mendekati guru berdasarkan butiran berikut:
  • Guru sebagai sumber ilmu: Kita datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Walaupun ilmu itu berada di mana-mana tetapi peranan dan tunjuk ajar guru amat diperlukan untuk memberi lebih pemahaman kepada kita. Tanpa ilmu kita ibarat kapal belayar di tengah lautan tanpa nakhoda. Sudah tentu ia akan terumbang-ambing dan mungkin juga akan tenggelam dihempas ombak.
  • Guru sebagai pembimbing: Setiap murid harus dibimbing setiap hari. Walaupun kita diminta berdikari tetapi bimbingan daripada guru amat diperlukan kerana guru ialah pengganti ibu bapa ketika disekolah.
  • Guru sebagai penyelesai masalah: Guru mempunyai pelbagi tugas dan kemahiran. Contohnya menjaga disiplin pelajar, memberi motivasi dan kaunseling, mengajar, melatih aktiviti sukan atau aktiviti kebudayaan. Oleh itu jika kita rajin berdamping dengan guru bermakna kita akan dapat berbagai pengalaman dan kemahiran untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.
  • Guru sebagai rakan: Guru juga ialah insan yang mempunyai perasaan serta suka berkawan. Oleh itu pada masa tertentu guru boleh dijadikan rakan yang mampu memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Walaupun guru dianggap sebagai rakan namun mereka perlu dihormati dan segala arahan guru haruslah diamalkan sepanjang masa.
  • Guru sebagai penyuluh cahaya: Ungkapan ini bermaksud guru sentiasa memberi bimbingan yang membolehkan murid-murid mendapat kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam juga segala aspek kehidupan murid tersebut.

Setelah mengetahui betapa besarnya peranan guru serta peluang yang kita boleh perolehi, maka janganlah kita menjauhi guru tetapi kita perlu sentiasa mendekati mereka. Jika menghadapi sebarang masalah kita sewajarnya menghubungi guru untuk mendapat panduan yang sebaiknya daripada mereka. Jangan sekali-kali membenci atau memarahi mereka. Anggaplah mereka itu sebagai ikon ke arah kejayaan diri kita.

18 April 2010

APA ITU PLAN-J?

STANDARD AKADEMIK PIAWAIAN LATIHAN AKADEMIK NEGERI JOHOR(PLAN-J)
APA ITU PLAN-J ?

Garis Panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum mengikut potensi mereka

STANDARD AKADEMIK?
2 Jenis Standard:
  1. Standard Kandungan (Standard Content)
  2. Standard Pencapaian (Standard Performance)
11 ELEMEN KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL (MODUL HALLINGER)

1) Merangka matlamat sekolah.
2) Menyampaikan matlamat sekolah.
3) Penyeliaan dan penilaian Instruksional.
4) Menyelaras kurikulum.
5) Memantau kemajuan pelajar.
6. Mengawal waktu P& P (protecting Instructional time).
7) Membudayakan Perkembangan Profesional.
8) Mengekalkan ketampakan.
9) Menyediakan ganjaran kpd guru.
10)Penguatkuasaan standard akademik.
11) Menyediakan insentif kpd pelajar.

RPT)

PERSOALAN P&P GURU
  1. Sejauhmana dan sedalam mana sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku?.
  2. Bagaimana pengukuran keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku?.
  3. Bagaimana dengan kualiti dan kuantiti pengajaran dan pembelajaran ? Mencapai standard yang diharapkan?.
  4. Adakah murid di sekolah A menerima kualiti pengajaran dan pembelajaran yang setara dengan sekolah B?.
  5. Apakah indikator keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran?.
  6. Adakah pengajaran dan pembelajaran berfokuskan keupayaan murid dilaksanakan?.
JAWAPANNYA…
  1. Standard Akademik merupakan piawai pelaksanaan kurikulum oleh guru.
  2. Standard Akademik sebagai satu panduan pengurusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk guru.
  3. Proses P&P perlu dirancang dengan rapi untuk mencapai impak yang maksimum.
  4. Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J) merupakan eviden perancangan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
  5. Standard Akademik adalah kesinanmbungan kepada Head-count dan Audit Akademik.
FORMAT PLAN-J
  1. Rancangan Pelajaran tahunan (
  2. Plan-J
MATLAMAT PLAN-J
  1. Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran.
  2. Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaiman penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah.
  3. Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing.
  4. Menjadikan penentuan jumlah latihan akademik sebagai SKT guru dan dijadikan Standard Kualiti Sekolah.

    Apayang ditulis = Apa yang diajar = Apa yang diuji
PELAKSANAAN
  1. Bagi tujuan peluasan, SPA akan membangunkan PLAN-J mata pelajaran selebihnya pada tahun 2010 bagi pelaksanaan tahun 2011.
  2. Semua sekolah akan menerima salinan PLAN-J dan guru mata pelajaran mesti mengisi ruang Piawaian Sekolah.
  3. Piawaian sekolah tidak boleh kurang dari KPI yang telah disediakan oleh JPN tetapi dibenarkan untuk mengatasi benchmark point tersebut.
  4. PLAN-J mesti dilampirkan bersama di dalam Buku Persediaan Mengajar PLAN-J mesti disediakan selaras dengan Rancangan Pelajaran Tahunan yang dinilaitambah untuk memudahkan penyemakan P&P.
  5. Pengetua/Guru Besar memantau pelaksanaan Standard Akademik di sekolah masing-masing.
  6. Pegawai JPN/PPD akan membuat pemantauan ke sekolah-sekolah.

10 April 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-33 SESI 2010-2012 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2009

Ucapan Yang DiPertua PIBG.
Hari ini Sabtu 10 April 2010 diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 SMK Telok Kerang. Pada mesyuarat tersebut di selitkan sekali Majlis Kecemerlangan Pelajar Tahun 2009. Mesyuarat bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan A dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Md. Othman Bin Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup.


Pengisian mesyuarat dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar:
  • Pembentangan peringatan mesyuarat dan pembentangan penyata kewangan.
  • Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2010-2012.
  • Perbahasan usul.
  • Ucapan penangguhan.
  • Persembahan zapin.
  • Tayangan video aktiviti sekolah.
  • Ucapan dan laporan Tuan Pengetua.
  • Ucapan Yang Dipertua PIBG.
  • Ucapan perasmian oleh YB Dato' Md. Othman Bin Yusof.
  • Penyampaian anugerah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.


Pasukan kompang jidur SMK Telok Kerang.

Persembahan tarian zapin.

Ibu dan bapa yang hadir dalam mesyuarat.

Tuan Pengetua menyampaikan ucapan.


YDP PIBG Tn. Hj. Mohd. Foad Bin Jawadi

YB Dato' Md. Othman Bin Yusof, ADUN Kukup.


Pelajar terbaik SPM 2009, Siti Nuraishah Bt Mohd Ekram (8A)
dengan ibunya Cikgu Junainah Bt Barlin.


Pelajar terbaik SPM 2009, Suryati Bt. Amiruddin (7A).

Di antara pelajar yang menerima anugerah daripada PIBG SMK Telok Kerang.

07 April 2010

PERHIMPUNAN PERINGATAN HARI KOR KADET POLIS KE 40 DAERAH PONTIAN TAHUN 2010

Hari ini Rabu 7 April 2010 di adakan Perhimpunan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-40 Daerah Pontian Tahun 2010. Bertempat di Dataran Nilam, SMK Telok Kerang, sambutan tersebut dimulakan pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.

Perhimpunan disempurnakan oleh DSP Muzamil bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian. Hadir bersama ialah En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Pengetua beberapa sekolah menengah juga hadir bersama-sama pegawai-pegawai polis dari IPD Pontian dan guru-guru Kor Kadet Polis daerah Pontian.

Ketibaan En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian di sambut oleh ASP Kadet Polis Hasan Bin Kasmuri dan En. Ahmad Khairi Bin Paimin, Pengetua SMK Telok Kerang merangkap Pengerusi Panitia Kor Kadet Polis Daerah Pontian.

Perhimpunan yang disertai oleh 350 detachment ahli-ahli Kadet Polis dari sekolah-sekolah di daerah Pontian dimulakan dengan perbarisan masuk Kawalan Kehormatan. Kawalan Kehormatan yang terdiri seramai 36 ahli Kadet Polis SMK Telok Kerang masuk baris tepat pukul 3.10 petang. Kawalan Kehormatan di ketuai oleh Sarjan Norsaufi Bin Hamisan. Insp. Kadet Polis Shamsul Sazali Bin Salimin bertugas sebagai Pegawai Baris.

Aturcara Sambutan
  • 2.00 ptg: Ketibaan guru-guru dan ahli-ahli Kadet Polis.
  • 2.45 ptg: Ahli Kadet Polis dan guru-guru mengambil tempat.
  • 3.00 ptg: Ketibaan dif-dif jemputan.
  • 3.15 ptg: Kawalan Kehormatan masuk baris.
  • 3.30 ptg:
  • Ketibaan En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, seterusnya menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan.
  • Ketibaan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.
  • Nyanyian tiga buah lagu:
    1. Bangsa Johor
    2. Lagu Negaraku
    3. Sang Saka Biru
  • Bacaan doa
  • Lafaz Ikrar Kadet Polis.
  • Ucapan oleh En. Ab. Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.
  • Perutusan Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian.
  • Penyampaian sijil-sijil.
  • Penyampaian cenderahati
  • Nyanyian tiga buah lagu:
    1. Tegas, Adil dan Berhemah
    2. Polis Sedia Berkhidmat
    3. Kadet Polis
  • Bersurai


Foto-foto Perhimpunan Peringatan Hari Kor Kadet Polis Ke-4o Daerah Pontian Tahun 2010:


ASP KP Hasan Kasmuri bersama barisan Kawalan Kehormatan.

Barisan Kawalan Bersedia masuk ke Padang Kawad.

Barisan detachment berbaris panjang.

Barisan Kawalan Kehormatan bersama Pegawai Baris Insp. Shamsul Sazali Salimin.

Hujan gerimis membasahi padang kawad.

Pegawai Baris memberi perintah kepada Kawalan Kehormatan.
Ketibaan Tuan Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.

Ketibaan DSP Muzamil Bin Hashim, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian.
Tuan Muzamil Bin Hashim
Kawalan Kehormatan memberi 'Hormat Senjata' kepada Tuan Muzamil Bin Hashim.
Tuan Muzamil Bin Hashim memeriksa baris Kawalan kehormatan.
Ikrar Kadet Polis.
Pegawai-pegawai kanan Kor kadet Polis Daerah Pontian.
Uztaz Sukri Bin Osman membaca doa.
Tuan Abdul Rahim Bin Lamin menyampaikan ucapan.
Tuan Muzamil Bin Hashim membaca perutusan Ketua Polis Negara.
ASP KP Hasan Kasmuri menyampaikan cenderahati kepada Tuan Muzamil Bin hashim.
ASP KP Hasan Kasmuri menyampaikan cenderahati kepada Tuan Abdul Rahim Bin Lamin.
Bersedia menari poco-poco.
Tuan Muzamil Bin Hashim di apit oleh Tuan Abdul Rahim Bin Lamin dan Tuan Ahmad Khairi Bin Paimin.
Pegawai-pegawai kanan dibantu oleh ahli-ahli Kelab katering menikmati jamuan.
Barisan Kawalan kehormatan bergambar bersama Tuan Muzamil Bin Hashim dan Tuan Abdul Rahim bin Lamin.

01 April 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431 HIJRAH

Hari ini diadakan Sambutan Maulidurrasul 1431 Hijrah di SMK Telok Kerang. Sambutan pada tahun ini bertemakan 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah'. Penceramah jemputan ialah Pn. Sumilah Binti Martor dari IPTI Johor Bahru. Beberapa acara seperti perarakan, bacaan berzanji dan persembahan nasyid diadakan sebelum ceramah dimulakan.

Di sudut lain pula sekumpulan guru dan pelajar menyediakan juadah jamuan. Pada tahun ini ada di kalangan guru-guru yang membuat aqiqah sebanyak 2 ekor lembu. Majlis tamat pada pukul 12.30 tengahari.